Google
 

Monday, February 4, 2008

Promosi Kesehatan Mental

>

Di Malaysia, prevalen penyakit mental dan masalah mental di kalangan orang dewasa adalah 10.7% mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 1996. Namun golongan wanita didapati mencatatkan 1.5 kali lebih tinggi kadar prevalennya berbanding golongan lelaki dewasa.
Kajian ini juga mendapati perbezaan yang significant/ketara antara rakyat Tempatan (10.4%) berbanding Pendatang (18.4%). Prevalen yang tinggi didapati di kalangan orang yang kematian pasangan hidup (29.2%), orang yang telah bercerai (21.3%), mereka yang telah tiada pelajaran (23.0%), penganggur (27.0%) dan pekerja-pekerja berpendapatan rendah (13.8%). Di kalangan golongan wargatua prevalen penyakit mental dan masalah mental adalah 26.0%, satu angka yang ternyata tinggi Kadar prevalen di kalangan kanak-kanak dan remaja ialah 15.5% bagi kawasan luar bandar dan bandar. Pada tahun 1997 mendapati prevalen masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah 28%, iaitu 26.1% bagi kawasan bandar dan 28.1% bagi kawasan luar bandar. Hasil beberapa kajian tertentu telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai harga diri yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan bijak dan efektif, mempunyai sokongan sosial yang kuat pada keseluruhannya mempunyai kemampuan mempromosikan kesihatan mentalnya dengan baik. Impak kesihatan mental yang kurang dalam individu dapat mengakibatkan masalah-masalah kepada individu itu sendiri, keluarganya dan masyarakat amnya. Bagi mengurangkan dan mengawal penyakit mental dan masalah kesihatan mental, orang ramai perlu mengamalkan kesihatan mental yang baik. Bagi mengamalkan kesihatan mental yang baik, adalah penting untuk kita memahami kesihatan mental terlebih dahulu. Kesihatan mental adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian setiap orang. Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental mesti dipromosikan dan dipertahankan. Mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik, berasa selesa dengan diri sendiri, berasa selesa dengan orang lain dan boleh memenuhi cabaran hidup seharian. Kesihatan mental sememangnya perlu diperkatakan dan dipromosikan kerana ini adalah cara yang jauh lebih baik dan berkesan berbanding dengan merawat apabila telah menghidap penyakit mental. Apabila kita berbincang tentang kebahagian, kedamaian, kepuasan dan keseronokan, kita sebenarnya memperkatakan tentang kesihatan mental. Kesihatan mental individu dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu ciri-ciri khusus individu, faktor persekitaran dan peristiwa-peristiwa dalam hidup. Ciri-ciri khusus individu termasuklah harga diri(self-esteem), tabiat (temperament) dan kemampuan dayatindak (coping skills).

No comments: